Klik untuk ke Laman Utama

Paling sesuai dengan paparan True Color dan 800 X 640 pixel.
Untuk Bookmark Sila Tekan Ctrl + D


Polis bertolak-ansur di Tebrau
Penganjur berunding pihak polis
tebrau3.jpg (10892 bytes)
Us Ahmad Awang berbincang dengan polis
Us Ahmad Awang-berceramah 10 minit

TEBRAU, 31 Julai - Pihak polis telah bertolak-ansur dengan pihak penganjur di dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Tebrau di Taman Pasir Putih. Pihak penganjur yang telah menjemput Us. Ahmad Awang dan Sdr Mazlan Aliman sebagai penceramah telah didatangi oleh pegawai polis yang bertanggungjawab untuk menghentikan ceramah pada malam itu kerana tiada permit dikeluarkan oleh pihak polis.

Pegawai polis tersebut telah mendatangi pengerusi majlis dan Yang Dipertua PAS Kawasan Tebrau bagi meminta kerjasama agar majlis tidak diteruskan. Walau bagaimanapun pihak penganjur telah meminta kerjasama dan jasabaik pihak polis agar mengizinkan penceramah memberikan sedikit ceramah agar tidak menghampakan para hadirin yang datang.

Persetujuan akhirnya dicapai dengan membenarkan setiap seorang penceramah untuk berceramah selama 10 minit. Para hadirin kelihatan hampa apabila ceramah ditamatkan awal. Pasukan FRU telah mengarahkan para hadirin untuk meninggalkan kawasan tersebut setelah loceng dibunyikan. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang program tersebut.