Make your own free website on Tripod.com

Klik untuk ke Laman Utama

Paling sesuai dengan paparan True Color dan 800 X 640 pixel.
Untuk Bookmark Sila Tekan Ctrl + D


Aktivis Dewan Pemuda PAS Johor ditahan di bawah ISA

BATU PAHAT, 2 Ogos - Dewan Pemuda PAS Johor hari ini diberitahu bahawa seorang aktivis Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Us. Norashid Hj. Sakib, kini sedang ditahan polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Us. Norashid adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sengai Benut dan juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Johor. Selain itu beliau adalah Timbalan Pengarah Unit AMAL Johor. Setakat ini belum dapat dipastikan sebab-sebab beliau ditahan.

Menurut saksi-saksi yang melihat penahanan beliau, beberapa orang anggota polis telah datang ke Madrasah Al-Masriyah di mana beliau mengajar pada jam 9.30 pagi. Pihak polis telah meminta beliau untuk hadir ke Balai Polis Simpang Renggam kerana OCPD ingin berjumpa dengannya. Setelah soalsiasat dilakukan di Balai Polis Simpang Renggam, beliau kemudiannya di bawa dengan kenderaan polis ke rumah beliau. Pihak polis dikatakan telah menggeledah rumah beliau dan telah mengambil beberapa buah buku, gambar, VCD dan sebagainya.

Sekeping surat telah ditinggalkan oleh polis untuk keluarganya yang mengatakan beliau telah ditahan di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang telah memudaratkan keselamatan Malaysia. Keluarganya diminta untuk berhubung dengan Bahagian Cawangan Khas, Ibupejabat Polis Diraja Malaysia, Johor Bahru.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Benut telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan penangkapan beliau. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Sdr Mazlan Aliman,telah memutuskan jawatan beliau dipangku oleh timbalannya. Mesyuarat juga telah melancarkan derma kilat serta perakuan sumbangan bulanan dari mereka yang hadir untuk membantu keluarga mangsa. Dewan Pemuda diminta untuk memberi perhatian terhadap kebajikan ahli keluarganya. Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan untuk Tabung Mangsa Isa, Us. Norashid Hj. Sakib, diminta berhubung dengan bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Benut.

Dewan Pemuda PAS Negeri juga telah meminta peguam untuk membantu keluarga mangsa. Peguam dijadualkan akan membawa keluarga mangsa ke Ibupejabat Polis Johor untuk bertanya perkembangan kes tersebut