Make your own free website on Tripod.com

dppnjhd.gif (12171 bytes)

Putri UMNO guna tempat awam untuk pelancaran
putri1.jpg (15480 bytes)
Antara yang mengisi borang ahli Puteri UMNO
putri2.jpg (11445 bytes)
Jabatan Penerangan dan JKR turut dikerah
putri3.jpg (12533 bytes)
Ghani tanpa segan silu bersalaman dengan ahli Puteri UMNO
putri4.jpg (14102 bytes)
Muhyidin dan Hishamudin dikelilingi "puter-puteri"

Johor Bahru, 12 Ogos - Semasa pembangkan dihalang mengadakan perhimpunan dan ceramah, Putri UMNO telah mengadakan pelancarannya untuk peringkat negeri Johor dengan menggunakan kawasan awam dan mendapat kerjasama dari agensi-agensi kerajaan. Perhimpunan tersebut dikatakan mendapat permit dari Polis Johor Bahru yang biasanya tidak meluluskan permit untuk pembangkang.

Perhimpunan tersebut telah diadakan di Lagun Puteri, Pantai Lido dengan dihadiri oleh beberapa orang pemimpin UMNO peringkat kebangsaan dan negeri. Antara yang hadir ialah Ghani Othman (Menteri Besar Johor), Hishamuddin Tun Hussein (Menteri Belia dan Sukan) dan Muhyidin Yassin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna). Turut hadir ialah Ketua Putri UMNO, Azalina Othman Said bersama beberapa exco Puteri UMNO peringkat pusat.

Beberapa agensi kerajaan kelihatan sibuk membantu program tersebut. Antara yang kelihatan ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Penerangan. Mereka dilihat bertungkus lumus menyiapkan khemah dan persiapan pentas program. Walaupun persiapan yang dibuat agak besar, peserta yang hadir tidaklah begitu ramai. Sebahagian besar yang hadir ialah pelajar-pelajar dari beberapa sekolah menengah berhampiran.