Make your own free website on Tripod.com

dppnjhd.gif (12171 bytes)

Ceramah serentak - PAS terus ditekan
mazlancolor.jpg (54312 bytes)
Mazlan Aliman - Kesal tindakan tidak rasional polis

BATU PAHAT, 26 Ogos, 2001 -  Pihak polis telah bertindak ganas menghentikan ceramah serentak PAS negeri Johor di 20 kawasan seluruh negeri dan menahan 76 aktivis parti itu malam 25 Ogos lalu kata Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Mazlan Aliman. Ceramah serentak di 20 kawasan itu telah dirancang oleh PAS Johor sebagai membantah tindakan keras polis menghalang ceramah parti itu dan pengharaman ceramah terbuka di seluruh negara. PAS mendakwa parti itu perlu mengadakan ceramah, satu program tradisi parti kerana pembangkang dinafikan hak untuk muncul di media arus perdana termasuk pada waktu pilihanraya.

Pada 25 Ogos lalu, 19 orang ditahan di Taman Universiti di Gelang Patah, 20 di Taman Muhibbah, Senai, 4 di Kampung Baru, Sri Gading dan 33 termasuk lapan wanita di Markaz PAS Parit Sempadan, Parit Sulong. 19 yang ditahan di Gelang Patah dan 20 di Senai hanya bagi tujuan dokumentasi dan dibebaskan pada malam itu juga. Manakala 4 yang ditahan di Sri Gading dan 33 di Parit Sulong akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 26 September nanti atas dakwaan berhimpun secara haram.

Mazlan berkata pihak polis telah bertindak tidak rasional dengan melakukan tindakan yang agresif. Mazlan menjelaskan, tindakan kasar polis yang terburuk berlaku di Parit Sulong dan telah menimbulkan kekecohan dan pertempuran sehingga mengakibatkan 4 petugas parti itu cedera. Berikutan insiden itu, pihak PAS telah membuat satu laporan polis dan berharap mereka mengambil tindakan segera. Hal ini akan turut di bawa kepada ketua polis negeri, ketua polis negara dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Mazlan juga berkata, ceramah-ceramah tersebut dijalankan di dalam tempat persendirian iaitu kawasan markaz yang telah dipagar tetapi pihak polis telah bertindak memotong pagar yang telah didirikan, menendang pintu pagar dan menceroboh kawasan markaz. Ceramah secara terbuka telah diharamkan oleh karajaan tetapi pembangkang mempersoalkan tindakan keras polis terhadap ceramah yang diadakan dalam kawasan persendirian seperti di dalam bangunan markaz. Mazlan mendakwa, pihak polis telah merampas peralatan markaz termasuk sejadah dan sistem audio. Dewan pemuda PAS Johor akan menyuarakan kekesalan di atas kejadian ini dan akan mengadakan program menaikkan sepanduk membantah tindakan polis itu, kata beliau.

Apa yang lebih dikesalkan ialah terdapat beberapa pemimpin Umno yang bersama-sama dengan polis ketika menghentikan ceramah PAS, dan Umno turut memberikan surat tahniah kepada polis kerana berjaya menghalang PAS mengadakan ceramah,? kata Mazlan. Sejak 2 Julai, seramai 147 orang ahli dan penyokong PAS telah ditahan. 103 akan dihadapkan ke mahkamah, 43 bagi tujuan dokumentasi dan seorang, Noor Ashid Sakib ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walaupun menghadapi tentangan yang amat hebat di negeri ini, Mazlan menegaskan PAS Johor akan terus mengadakan ceramah di seluruh negeri.

Berita lanjut di http://senai.parti-pas.org