Bukan
Setakat Penjara Sanggup Ditempuh
Endau, 17 Disember, 2000. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr. Salahuddin Ayub
menegaskan bahawa ujian penjara merupakan suatu ujian yang sangat kecil. Nabi-nabi dan
pejuang terdahulu telah melalui ujian yang jauh lebih getir dari penjara. Bahkan katanya,
untuk mempertahankan kedaulatan Islam, darah dan nyawa juga sanggup dikorbankan demi
perjuangan yang suci ini. Beliau memberi amaran kepada UMNO agar menghentikan semua agenda
ganasnya terhadap Islam kerana jelas ia tidak mampu melumpuhkan kekuatan para pejuang
Islam. Tuduhan ganas terhadap BA adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali. Sebaliknya
sejarah telah membuktikan bahawa UMNO lah yang sebenarnya golongan yang melakukan
keganasan. Peristiwa kematian Samad Gol yang ditetak dikepalanya, peistiwa berdarah Lubuk
Merbau, peristiwa pembunuhan di Memali, kematian misteri Dr. Burhanuddin Al-Helmi selepas
dipenjara dan kemalangan yang dirancang ke atas Prof. Zulkifli Mohamad merupakan bukti
keganasan BN. |
|