Make your own free website on Tripod.com

Klik untuk ke Laman Utama

Paling sesuai dengan paparan True Color dan 800 X 640 pixel.
Untuk Bookmark Sila Tekan Ctrl + D


 

Kempen Selamatkan Wang Rakyat di Johor Berjaya

Senai, 03 Mac 2001.

Kempen Selamatkan Wang Rakyat di Negeri Johor ini dianggap berjaya oleh kebanyakan pemerhati. Kempen bermula dengan pengedaran risalah salahguna wang oleh kerajaan di Larkin oleh Sdr Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda Keadilan Pusat) dan Sdr Salehuddin Ayub (Naib Ketua DPP Pusat). Rombongan juga disertai oleh Sdr Lokman Adam (ADIL), Ahmad Ton (DAP) dan Us. Abdullah Husin (Ketua Dewan Ulamak Johor).

Kempen diteruskan di pusat belibelah Angsana, Tampoi. Kira-kira 10,000 risalah telah diedarkan oleh rombongan tersebut. Sdr. Ezam sempat memberi ceramah ringkas di Angsana dan diikuti oleh sidang akhbar di situ.

Kemuncak kempen tersebut ialah Ceramah di Taman Senai Utama yang melibatkan 4 orang wakil parti-parti Alternatif iaitu YB. Mahfuz Omar (PAS), Sdr. Ezam Mohd Nor (ADIL), Sdr. Ahmad Ton (DAP) dan Setiausaha PRM Johor, Sdr Salleh. Kira-kira 5000 orang telah berkumpul dan tidak berganjak sehingga ceramah berakhir walaupun terdapat begitu ramai pihak polis dan FRU membuat kawalan dan rondaan.

Semasa ceramah baru bermula, pihak polis meminta urusetia menghentikan ceramah dan meminta hadirin bersurai dengan alasan ceramah tersebut tidak mendapat permit. Walau bagaimanapun Sdr. Aminuddin mempelawa anggota polis tersebut membuat pengumuman mengenai permintaannya tetapi di tolak oleh pegawai tersebut. Ceramah berjalan di dalam keadaan aman sehingga ia berakhit tepat jam 12.00 malam di mana selepas itulah Sdr Aminuddin Ayiub dan Mazlan Aliman ditangkap.

 

kempenBA-030301.JPG (30060 bytes)
Gambar wakil-wakil BA. Barisan hadapan dari kiri, Ahmad Ton (DAP),
Salahuddin Ayub (PAS), Ezam Mohd Nor (ADIL), YB. Mahfuz Omar (PAS)
dan Sdr. Salleh (terlindung oleh Ezam).

 

ezam3.JPG (13340 bytes)
Ezam menyampaikan ceramahnya.

Kembali