Make your own free website on Tripod.com

Klik untuk ke Laman Utama

Paling sesuai dengan paparan True Color dan 800 X 640 pixel.
Untuk Bookmark Sila Tekan Ctrl + D


UMNO Bersandiwara Untuk Kekang BA

Endau, 17 Disember, 2000. UMNO sekali lagi menayangkan sandiwara yang pernah dilakukannya pada 1987 dahulu. Pada tahun 1987 selepas UMNO berpecah teruk dengan kemunculan parti serpihan Semangat 46, UMNO merasa tertekan dan tercabar dengan perubahan politik negara. Kegagalan UMNO menjawab serangan pihak pembangkang menyebabkan mereka terdesak. Akibatnya, Dato' Najib selaku Ketua Pemuda UMNO pada masa itu telah meniupkan isu perkauman yang telah dimulakan oleh Pemuda MCA. Perhimpunan besar berbau perkauman telah diadakan oleh UMNO dan MCA yang akhirnya membawa kepada Operasi Lalang yang sebenarnya adalah usaha menangkap dan memenjarakan pemimpin pembangkang termasuk Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Lim Kit Siang dan lain-lain pemimpin parti dan NGO yang tidak sealiran dengan kerajaan. Perkara ini diulas panjang oleh YB. Haji Mohamad Sabu di dalam ceramahnya sempena Sambutan Hari Peneroka, Petani, Penternak dan Nelayan Kebangsaan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat di Kampung Semanyir, Endau.

Kekalahan BN di Lunas benar-benar mencemaskan BN. Perubahan cuaca politik tanahair yang melibatkan masyarakat Cina jelas membawa demam yang panjang kepada UMNO. Tiada di kalangan pemimpin UMNO dan BN yang mampu menjawab semua keraguan yang ditimbulkan oleh masyarakat Cina. Sekali lagi UMNO mungkin berfikir cara meredakan suasana ini yang seterusnya akan membawa sembuh kepada demam UMNO ialah dengan menangkap seramai mungkin pemimpin-pemimpin BA yang menerajui isu negara sekarang ini. Bezanya, dahulu lakonannya didominasi oleh Pemuda UMNO dan MCA, tetapi kali ini diambil alih oleh GPMS yang juga merupakan sayap pemuda UMNO. Mungkin, Ketua Pemuda UMNO yang ada sekarang tidak begitu menyengat dan mampu untuk menjadi pelakon utama sandiwara ini, lalu digantikan oleh Dato' Suhaimi Ibrahim. Jelas apa yang dibawa oleh GPMS di dalam 100 tuntutannya untuk orang Melayu adalah untuk mewujudkan ketegangan antara orang Melayu dengan orang Cina. Haji Mohamad Sabu mengingatkan seluruh rakyat bahawa peristiwa penagkapan besar-besaran akan kemungkinan akan berlaku lagi apabila sandiwara yang sama diulang. Tetapi, menurutnya, BA sudah mahir dengan sepak terajang dan taktik UMNO dan tidak akan tertipu lagi.