Make your own free website on Tripod.com

Klik untuk ke Laman Utama

Paling sesuai dengan paparan True Color dan 800 X 640 pixel.
Untuk Bookmark Sila Tekan Ctrl + D


Yahudi Hanya Mampu Dilawan oleh Islam

Endau, 17 Disember, 2000. Haji Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat mengingatkan bahawa menerima kehadiran Israel ke Malaysia adalah suatu perbuatan yang jelas bertentangan dengan prinsip Islam dan sejarah. Sejarah telah membuktikan bahawa Yahudi merupakan suatu bangsa yang tidak pernah memegang janji. Sejarah telah membuktikan bagaimana mereka telah mengingkari nabi-nabi terdahulu termasuk nabi Musa, membunuh Nabi Zakaria dan mengingkari perjanjian damai dengan Rasulullah dalam peperangan Ahzab. Hingga kini hampir ratusan umat Islam Palestin telah dibunuh oleh Israel walaupun perjanjian demi perjanjian ditandatangani oleh Palestin dan Israel. Jelas, menurutnya, bahawa Yahudi tidak pernah dan tidak akan berpegang pada janji mereka. Tentera Israel dianggap tentera yang paling cekap dan lengkap di dunia. Kekuatan tentera Israel tidak mungkin mampu dikalahkan oleh mana-mana tentera. Tetapi, tentera Israel telah berjaya dikalahkan dan dihalau dari Lubnan oleh tentera Hizbullah yang berjuang di atas nama Islam. Sekarang, tentera Hizbullah Lubnan sedang giat melatih anggota-anggota Hamas Palestin yang insyaAllah akan mengalahkan dan menghalau Israel dari bumi Palestin.