Make your own free website on Tripod.com

Klik untuk ke Laman Utama

Paling sesuai dengan paparan True Color dan 800 X 640 pixel.
Untuk Bookmark Sila Tekan Ctrl + D


Apa dia 83 tuntutan Suqui ?


Memandangkan  83 tuntutan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) yang dikemukakan  sebelum pilihanraya umum tahun lalu selain mendapat perhatian  umum hingga menimbulkan kontroversi di kalangan rakyat negara ini, di sini disiarkan terjemahan rasmi daripada teks bahasa cina untuk manfaat pembaca - Pengarang Utusan Meloya

Mukaddimah:

Pilihanraya yang akan datang  akan memilih kerajaan dan wakil rakyat yang akan memimpin negara ini ke alaf  baru. Empat puluh dua tahun selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah berkembang maju dalam semua sektor hasil daripada usaha dan sumbangan  rakyat semua kaum, dengan sepenuhnya menunjukkan dinamika sebuah negara yang berbilang kaum.

Walau bagaimana pun  beberapa dasar kerajaan yang tertentu, terutamanya  yang berkaitan  dengan
kesamaan bangsa, demokrasi, hak asasi manusia, autonomi kehakiman dan sebagainya perlu
diperbaiki.

Krisis ekonomi  pada dua tahun yang lepas dan wabak virus Nipah merupakan dua bencana terbaharu yang telah menyebabkan persatuan-persatuan Cina menimbang semula sama hadapan negara kita secara serius.

Kerajaan seharusnya mengadakan satu rancangan  pembangunan yang sepadu untuk industri kecil  dan sederhana dan Perkampungan Baru Cina yang  telah ditubuhkan lebih daripada lima puluh tahun  dahulu. Apabila kerajaan sedang giat menjalankan  pelbagai projek mega, kita masih  menghadapi kekurangan  dna, bilik darjah dan guru di sekolah-sekolah. Kami juga  perlu menaruh  perhatian pada sektor-sektor  yang mundur  yang terdapat di kalangan Orang-Orang Asli, pekerja estet, penduduk  bandar dan petani miskin.

Di samping itu, kami amat mengambil  berat tentang isu amalan rasuah,  penyimpangan kerajaan  dalam pentadbiran  awam, kebertanggungjawaban dan kelutsinaran  kerajaan yang telah menimbulkan banyak  perbincangan di kalangan orang awam. Demi cinta  kami  terhadap negara, serta perhatian kami terhadap masa hadapan bangsa kita, kami meminta semua calon dan parti politik  yang akan mengambil bahagian dalam pilihan raya yang akan  datang menyokong  dan melaksanakan rayuan kami. Kami juga menggesa semua pengundi negara kita  berusaha merealisasikan rayuan ini.

1. Menggalakkan Perpaduan Negara

Perpaduan negara mestilah berasaskan kepentingan semua rakyat negara kita dan bukan berdasarkan perkauman. Hanya dengan berasaskan keadilan dan non-diskriminasi, dapat mewujudkan satu lingkungan yang sesuai untuk mencapai perpaduan dan keharmonian di antara kaum.

  • Gubalkan  Akta Perhubungan Kaum untuk mencegah diskriminasi  perkauman, rasialisme dan rasisme;
  • Tindakan Afirmatif (Affirmative Action)  harus bertujuan  untuk memberi perlindungan dan peningkatan  kepada golongan  masyarakat  yang lemah, tanpa mengira kepercayaan agama, latar belakang  sosial dan kaum.
  • Mengambil langkah  untuk memansuhkan perbezaan antara ¡®bumiputra¡¯bukan bumiputera¡¯ dalam semua bidang.

2. Mempertingkatkan Demokrasi

Demokrasi bukan sahaja bermakna amalan pengundian setiap lima tahun ¨C kerajaan harus  dipilih oleh rakyat  pada semua peringkat, supaya mencapai  demokrasi  parlimentari  yang sebenarnya  dan memastikan keadilan pilihan raya.

  •  Garisan sempadan pilihanraya mestilah  berasaskan  prinsip ¡®satu orang satu undi¡¯ . Perbezaan  bilangan pengundi  antara kawasan-kawasan  pilihan raya yang berlainan sepatutnya  tidak melebihi 15%, SEPERTI MANA YANG DIAMALKAN PADA PERINGKAT AWAL SELEPAS KEMERDEKAAN  NEGARA  ini supaya mengelakkan jurang besar  yang sedang wujud di antara   bilangan pengundi di kawasan pilihanraya yang berlainan dalam sistem   pengundian kini.
  • Memulihkan pilihan kerajaan tempatan
  • Senator haruslah dipilih oleh rakyat

3. Mempertahankan Hak Asasi Manusia dan Menegakkan Keadilan

Memperteguhkan hak asasi  manusia, keadilan, keamanan dan kebebasan negara kita, agar
melindungi hak-hak politik, sosial, kebudayaan dan ekonomi seluruh  rakyat Malaysia:

  • Ratifikasikan  dan menandatangani  semua konvensyen bangsa-Bangsa Bersatu dan
    kovenan-kovenan antarabangsa
  • Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang baru ditubuhkan perlu diperluaskan struktur anggotanya  dan pastikan bahawa badan tersebut  berepresentatif dan bebas
  • Pastikan kebebasan Peguam Negara dan badan kehakiman
  • Mansuhkan Akta Kesatuan Keselamatan Dalam Negeri selaras dengan perkembangan zaman
  • Gubalkan Akta Kebebasan Informasi
  • Meminda  Akta Kesatuan  Sekerja, Akta hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta
    Polis dan Akta Universiti dan Kolej supaya selaras dengan piawaian hak asasi manusia.
  • Mempertahankan kebebasan bercakap, perhimpunan dan persatuan.

4. Membasmi  Amalan Rasuah

Amalan rasuah merupakan salah satu  halangan besar dalam pembangunan negara, Ia bukan saja merampas kepentingan rakyat jelata, malah menjejaskan fungsi pentadbiran kerajaan dan merosakkan  kebrtanggunjawaban  kerajaan. Amalan rasuah, mesti dihapuskan pada semua
peringkat perkhidmatan awam dan kerajaan:

  • Susun semula Agensi Pencegah Rasuah supaya  ianya menjadi satu badan bebas dan
    bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen.
  • Gubalkan satu akta  di mana  semua kakitangan tinggi kerajaan  dan wakil rakyat  yang
    dipilih wajib mengisytiharkan  asset mereka secara terbuka kepada orang awam.

5. Laksanakan Dasar Ekonomi yang Adil

Kerajaan harus  mengkaji  semula dasar ekonomi negara secara menyeluruh untuk mengatasi
kelemahan yang terdedah semasa krisis kewangan berlaku  baru-baru ini. Semua kaum mesti diberi peluang  yang sama untuk bersain. Amalan rasuah, kronisme dan nepotisme harus dielakkan  dalam perihalpemberian saham atau kontrak. Dalam tiga puluh tahun yang lampau,  sewaktu kerajaan  menitikberatkan  pembangunan industri dan komersial bagi kaum bumiputra, perkembangan  dan modenisasi  bagi indtusri  kecil dan sederahana telah diabaikan. Kerajaan juga telah mengabaikan  masalah  yang dihadapi  oleh penternak babi,  kerajaan tidak mengambil tindakan dengan segera untuk menolong mangsa-mangsa wabak dan keluarga mereka.

  • Menggalakkan  modenisasi dan pembangunan  industri kecil dan sederhana  dalam negeri
    ini.
  • Merumuskan dan melaksanakan dasar pertanian yang kekal.
  • membahagikan tanah secara adil kepada petani-petani yang memerlukannya tanpa mengira
    kaum.
  • Hapuskan sistem kuota yang berasaskan  ¡®kaum¡¯ dan gantikannya dengan sistem
    pengagihan yang berasaskan ¡®kebolehan¡¯ (means tested sliing scale)
  • Pastikan bawah dana KWSP serta dana-dana awam yang lain kepunyaan  pekerja negara  kita
    diberikan tempat  perwakilan yang  memuaskan kepada organisasi pekerja  untuk menjamin
    pengurusan dana yang betul.

6. Kaji Semula Dasar Penswastaan

Tujuan mengswastakan  kemudahan awam  ialah untuk meningkatkan  kecekapan  dan mengurangkan  beban ekonomi negara.  Walaupun sesetengah  kemudahan awam yang diswastakan  memberi banyak  kemudahan kepada rakyat dan juga menggalakkan  pertumbuhan ekonomi negara,  namun disebabkan ketidaklutsinaran operasinya, ianya telah menimbulkan monopoli dalam bidang perniagaan, memberatkan  beban rakyat  dan menyebabkan  kronisme serta menghalang  pertumbuhan ekonomi negara:

  • Semua  projek penswastaan  harus berasaskan  kepentingan orang awam
  • Projek-projek penswastaan  harus dittander secara terbuka
  • Dirikan Suruhanjaya  Urusan Awam untuk menyelia dan menilai projek-projek yang diswastakan  untuk melindungi kepentingan rakyat.
  • Batalkan  rancangan  pengkorporatan perkhidmatan  kesihatan  supaya  membolehkan rakyat
    negara kita, terutamanya  mereka yang berpendapatan rendah, menikmati perkhidmatan
    kesihatan awak yang murah dan cekap.
  • Gubalkan akta anti monopoli untuk mengelakkan  amalan monopoli dalam bidang penswastaan.
  • Kaji semula perkhidmatan pembetungan supaya mengurangkan beban para pengguna.
  • Hentikan pengenaan tol dan penswastaan pada jalan raya di dalam bandar raya dan jalan
    raya  yang sedia ada yang telah dipertingkatkan menjadi lebuh raya.

7. Laksanakan Dasar Pendidikan yang Progresif dan Liberal

Demi menghadapi cabaran  abad baru, kita perlu mengkaji  semula keseluruhan sistem pendidikan negara kita dengan menumpukan  perhatian pada pengembangan potensi manusia, memenuhi keperluan sumber  manusia dan memupuk  daya kreativiti, daya inisiatif serta teknik pembelajaran para pelajar kita. Komuniti  Cina  memandang berat terhadap Akta Pendidikan  1966  yang tidak berlaku adil terhadap pendidikan  bahasa ibunda bagi kaum cina, India dan kaum-kaum  minoriti lainnya di negara kita. Disebabkan kekurangan  dana, bilik darjah, dan guru, perkembangan  sekolah-sekolah rendah Tamil dan Cina telah terlambat:

  • Membina Akta Pendidikan  1996 untuk  mencerminkan  dasar pendidikan kebangsaan
    sebagaimana yang dinyatakan  di dalam Ordinan Pendidikan 1957 yang memastikan
    penggunaan, pengajaran dan perkembangan  bahasa ibunda  semua komuniti etnik di
    negara kita.
  • Tambahkan bilangan sekolah rendah Tamil dan Cina di kawasan yang padat dengan penduduk
    kaum India dan Cina, agar hak  untuk menerima  pendidikan bahasa ibunda  bagi pelajar-pelajar  kaum tersebut tidak dirampas.
  • Selesaikan masalah  kekurangan  guru yang lama berterusan di sekolah-sekolah rendah
    Tamil dan Cina.
  • Batalkan rancangan Sekolah wawasan dan hentikan perlantikan guru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina untuk memegang  jawatan-jawatan tinggi di sekolah rendah cina
    untuk memastikan sifat dan cara pendidikan di sekolah rendah Cina tidak diubah.
  • Pastikan bahawa  pengagihan  peruntukan  pendidikan, latihan guru, perancangan kurikulum, bahan pengajaran, kemudahan  dan perkakasan yang asas adalah adil dan mencukupi bagi sekolah-sekolah semua aliran bahasa, termasuk cadangan sekolah-sekolah bistari.
  • Realisasikan  pendidikan  bahasa ibunda  dengan menggabungkannya ke dalam rancangan
    pendidikan  negara kita  dan sediakan  latihan untuk guru-guru, perancangan kurikulum dan bahan-bahan pengajaran baginya.
  • Sediakan kelas bahasa ibunda pelajar (Pupils¡¯ Own Language - POL) dalam kurikulum formal sekolah seandainya terdapat sekurang-kurangnya  lima (5) pelajar dari mana-mana kumpulan etnik  di mana-mana sekolah.
  • Tambahkan peruntukan untuk perbelanjaan pendidikan
  • Kaji semula dan naikkan gaji guru
  • Kenaikan sistem pinjaman dan bantuan  kewangan pelajar dengan pengagihannya mengikut
    kemampuan  keluarga  pelajar (means-tested sliding scale) tanpa mengira kaum.
  • Iktirafkan  Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah  Persendirian cina.
  • Izinkan  penubuhan Sekolah-Sekolah  Menengah  Persendirian Cina baru dan berikan subsidi untuk perkembangannya.
  • Tambahkan bilangan sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti selaras dengan pertumbuhan  penduduk negara kita.
  • Iktirafkan  ijazah  yang dianugerahkan  oleh institusi yang bertaraf antarabangsa, termasuk Universiti dan yang lampau serta universiti-universiti  yang bukan aliran bahasa Inggeris di negara-negara  seperti China, Taiwan dan sebagainya.
  • Hapuskan sistem kuota untuk kemasukan universiti.

8. Galakkan Perkembangan Pelbagai Kebudayaan

Negara kita ialah negara yang berbilang kaum. Akan tetapi, Dasar kebudayaan Kebangsaan yang sedia ada  adalah didasarkan  pada budaya tunggal, ianya merupakan halangan bagi perkembangan kebudayaan masyarakat majmuk. Demi memperbetulkan  kesalahan ini, perumusan kebudayaan nasional haruslah diasaskan  pada pluralistik masyarakat kita:

  • Kenaikan dasar kebudayaan  dan seni yang lebih liberal dan pluralistik.
  • Sediakan bantuan kewangan dan biasiswa seni dan galakkan aktiviti  kebudayaan berbilang
    kaum negara kita.
  • Wajibkan  kerajaan pada semua peringkat  untuk menggalakkan budaya pluralistik.
  • Pemberian ganjaran atau hadiah kesusasteraan dan seni negara haruslah  terbuka
    kepada semua rakyat, tanpa mengira kaum atau bahasa.
  • Kebudayaan semua kaum dan agama haruslah dilayani secara saksama oleh media dan
    badan-badan kebudayaan rasmi.
  • Galakkan pertukaran kebudayaan antarabangsa.
  • Mendidik dan menggalakkan rakyat negara kita saling menghormati agama-agama yang berlainan di dalam negara ini serta perkuatkan perhubungan dan pertukaran fikiran antara
    badan-badan agama berlainan.
  • Berikan layanan yang adil bagi badan-badan agama  yang berlainan dalam  hal penyebaran,
    perkembangan, mendapat kemudahan rasmi kerajaan serta dilayani dengan saksama oleh media
    rasmi.

9. Lindungi Alam Sekitar

Semua projek  pembangunan yang meninggalkan kesan buruk ke atas alam sekitar seperti kawasan tanah tinggi, hutan dan kawasan berpaya atau yang akan merosakkan peninggalan, sejarah serta kawasan perkuburan, mesti dikawal dengan ketat. Piawaian dan undang-undang perlindungan alam sekitar  perlu dikuatkuasakan secara serius:

  • Pastikan projek empangan  tidak merosakkan ekologi persekitaran.
  • Kenakan langkah pemeliharaan air dan tenaga yang ketat.
  • Kuatkuasakan Akta Perhutanan dan Alam Sekitar  yang sedia ada untuk menghalang aktiviti
    pembalakan  yang sembarangan.
  • Kenakan cukai ke atas  penggunaan tenaga serta pengeluaran  gas karbon atau gas buangan
    lain yang berbahaya.
  • Indahkan kawasan-kawasan perkuburan dan pastikan kawasan tersebut  tidak dipindah untuk
    tujuan pembangunan.
  • Tawarkan  insentif bagi industri  yang menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga solar.

10. Modenisasikan dan bangunkan Perkampungan Baru

Perkampungan baru mempunyai sejarah lebih daripada lima puluh tahun.  Seramai 1.5  juta kaum cina yang berselerak di 452 buah Perkampungan baru masih dikecualikan daripada arus pembangunan ekonomi negara. Infrastruktur di Perkampungan Baru tersebut perlu diperbaiki. Ramai  penghuni masih belum mendapat hak milik tanah atau mendapat pembaharuan hak milik tanah.

  • Pastikan  bahawa semua penduduk Perkampungan Baru diberi hak milik tanah dengan segera.
  • Selesaikan rancangan pembangunan Perkampungan Baru dengan secepat mungkin.
  • Sediakan  peruntukan pembangunan  untuk Perkampungan  Baru mengikut perkadaran bilangan
    penduduk.
  • Memperuntukkan tanah yang mencukupi untuk petani-petani Perkampungan Baru dan luar
    bandar.

11. Realisasikan  Dasar Perumahan Untuk Semua

Kerajaan harus  merealisasikan  wawasan perumahan untuk semua rakyat  dengan lebih giat. Tindakan ini diperlukan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang ketara bagi kumpulan yang berpendapatan sederhana dan rendah.

  • Pastikan bahawa  kerajaan negeri memperuntukkan tanah yang lebih banyak secara percuma
    untuk pembinaan  perumahan awam kos sederhana  dan rendah.
  • Pastikan  pengagihan  perumahan  kos rendah  adalah adil untuk mengelakkan daripada
    memberikannya kepada mereka yang tidak layak.
  • Laksanakan sistem ¡°sewa dahulu beli kemudian¡± agar membolehkan mereka yang tidak
    mampu memiliki rumah sendiri.

12. Lindungi Hak Asasi Wanita

Hak asasi wanita mesti diutamakan di sektor swasta dan awam:

  • Beri sokongan kepada ¡®Agenda Wanita 1999¡¯ yang diutarakan oleh organisasi bukan kerajaan wanita negara kita.
  • Pertingkatkan fungsi  autoriti kerajaan yang berurusan dengan hal-hal wanita.
  • Hapuskan segala jenis  diskriminasi  terhadap wanita dalam masyarakat negara kita.
  • Kenakan hukuman yang berat  kepada mereka  yang melakukan keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita.
  • Menggesa  sektor awam  dan swasta supaya menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak
    bagi  pekerja-pekerja wanita.

13. MEDIA YANG  ADIL

Media harus dioperasi  secara adil dan bebas tanpa campur tangan kerajaan:

  • Tubuhkan badan penyiaran yang bebas dan adil.
  • Hapuskan peraturan mengenakan  pembaruan  tahunan permit menerbit (KDN)
  • Galakan penubuhan media penyiaran swasta.
  • Tambahkan peruntukan  masa untuk penyiaran  berita dalam bahasa Mandarin.

14. Memulihkan Kelayakan Rakyat  Terhadap Pasukan Polis

Pada akhir-akhir ini, cara pengendalian pihak polis dalam penyiksaan adalah amat membimbangkan dan hal ini mungkin menggugatkan  keyakinan orang awam terhadap pasukan polis.

  • Tubuhkan  satu suruhanjaya  penyiasatan statutori yang bebas untuk menyiasat kes
    penyalahgunaan kuasa an kekerasan  polis. Laporan siasatan suruhanjaya  tersebut mesti
    diumumkan kepada orang awam manakala mereka yang didapati  bersalah  patut dihukum.
  • Mempertingkatkan  kualiti pasukan polis  menerusi pelarasan gaji dan prosedur pengambilan  polis baru yang lebih ketat dan sempurna  supaya  membentuk satu pasukan polis yang adil, berperikemanusiaan dan lebih bertanggungjawab.

15.Memperbaiki Kebajikan

Setiap  manusia berhak untuk  hidup dan mari secara bermaruah dan juga berhak menerima perlindungan  sosial daripada pengangguran, sakit, umur tua, kematian atau lain-lain kejadian di luar kawalan mereka:

  • Berikan perhatian  khas kepada mereka yang kurang bertuah, kurang upaya, warga tua, kanak-kanak dan wanita.
  • Sediakan kemudahan  rekreasi untuk belia supaya memimpin mereka kepada satu cara  hidup
    yang sihat.
  • Tambahkan peruntukan dana bagi sektor kesihatan dan perubatan, terutamanya dalam hal
    pencegahan penyakit.
  • Tingkatkan pengetahuan rakyat terhadap kehidupan sihat dan penjagaan kesihatan yang asas.

16. Hormat Hak Pekerja

Pekerja  berhak mendapatkan syarat-syarat  kerja yang saksama dan lingkungan kerja yang demokratik, berperikemanusiaan sera selamat, selaras dengan piawaian  buruh antarabangsa:

  • Iktirafkan hak pekerja elektronik untuk mendirikan kesatuan pekerja
  • Gubalkan akta untuk memastikan semua pekerja  termasuk pekerja estet mendapat gaji yang
    munasabah.

17. Menyara Orang Asli

Sahkan tanah rezab Orang Asli agar mereka dapat mengawal  sumber dan tanah mereka sendiri dan dapat memilih  cara hidup mereka sendiri.

................................................................................

Rayuan ini dianjurkan oleh 11 pertubuhan  nasional cina Malaysia (Jiao Zong) Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumno Sekolah cina Malaysia
Nanyang Universiti Alumni Associations of Malaysia
Taiwan Graduate alumni Associations of Malaysia
Dewan Perhimpunan cina Selangor
Federation of Guangdong Associations of Malaysia
Federation of Guangzi Associations of Malaysia
Federation of Fuzhou Associations of Malaysia
Federation of Sanjiang Associations of Malaysia
Huazi Research Centre

Setakat 16 Ogos 1999, rayuan ini telah diendoskan oleh 1,848 pertubuhan Cina di Malaysia.

Pada tahun 2000 dua lagi persatuan cina telah menyertai Jawatankuasa Suqiu selain daripada
11 persatuan di atas, dua persatuan ialah:

  • Dewan Perhimpunan cina Negeri Sembilan
  • Federation of Hokkien Associations of Malaysia

Sebelum Pilihanraya 1999, rayuan ini telah diterima oleh 2,095 buah persatuan cina di Malaysia.

.........................................................
Dipetik dari Utusan Meloya 20/12/2000