Make your own free website on Tripod.com

Klik untuk ke Laman Utama

Paling sesuai dengan paparan True Color dan 800 X 640 pixel.
Untuk Bookmark Sila Tekan Ctrl + D


Sebuah Mahligai, 1,800 rumah PPRT

Dalam sidang parlimen yang lepas, seorang wakil PAS dari Terengganu telah bertanya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengenai jumlah projek yang telah diperuntukkan di dalam pembinaan rumah di bawah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin. Menteri berkenaan, Dato' Azmi Khalid menjelaskan bahawa kerajaan telah membelanjakan RM 14.4 juta untuk membina 1,800 unit rumah di bawah PPRT. Perkara ini mungkin tidak menarik perhatian ramai, di sebalik kenyataan tersebut tersingkap suatu perkara yang amat memalukan rakyat.

Dari RM 14.4 juta itu apabila dibahagikan kepada 1,800 buah rumah bermakna sebuah rumah hanya bernilai RM 8,000 sahaja. Rakyat terpaksa berkongsi RM 14.4 juta untuk 1,800 keluarga sedangkan pemimpin-pemimpin BN terutama PM menggunakan wang yang jauh lebih banyak untuk kediamannya sekeluarga. Contohnya rumah PM yang berharga RM 200 juta itu boleh membina 25,000 unit rumah di bawah projek PPRT. Kisah bekas Menteri Besar Selangor yang membelanjakan RM 5 juta untuk pengubahsuaian kediaman rasminya semasa mula-mula menjadi Menteri Besar juga menjadi bahan tertawa rakyat.

Apa nak buat.... rakyat miskin tidak berharga di mata pemerintah BN.