Klik untuk ke Laman Utama

Paling sesuai dengan paparan True Color dan 800 X 640 pixel.
Untuk Bookmark Sila Tekan Ctrl + D


Matlamat.gif (2893 bytes)
 

VISI DEWAN PEMUDA PAS JOHOR

PAS memerintah Johor

MISI DEWAN PEMUDA PAS JOHOR

Membina Pemuda Hizbullah ke arah merealisasikan kemenangan Islam di Negeri Johor

 

Tujuan PAS ialah:

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

 

Antara usaha-usaha yang dijalankan:

Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah RasulNya malalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran,ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan dikalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

Mengajak dan menggalakkan badan-badan , pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami konsep dan pandangan hidup Islam.

Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat , bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan- pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannnya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Mempertahankan bahasa malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum didalam negara ini.

Menyertai dan bekerjasama dengan bangsa-bangsa bersatu dan badan-badan yang lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan dikalangan umat manusia.

Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan –tujuan PAS ke dalam dan keluar.