Klik untuk ke Laman Utama

Paling sesuai dengan paparan True Color dan 800 X 640 pixel.
Untuk Bookmark Sila Tekan Ctrl + D


aluan-ketua.jpg (11165 bytes)
mazlancolor.jpg (54312 bytes)

Assalamualaikum wrt. wbt.

AlhamduliLlah, saya memanjatkan kesyukuran dan pujian kepada Allah SWT kerana DPPNJ telah mara selangkah lagi dengan perasmian pejabatnya sendiri bagi membolehkan DPPNJ mengorak langkah dengan lebih tersusun dan mantap pada masa-masa yang akan datang. Ini merupakan salah satu komitmen DPPNJ yang sedangberusaha membeli bangunan sendiri untuk menempatkan pejabatnya secara kekal. Diharapkan semoga kewujudan pejabat baru ini akan membuka ruang yang lebih luas kepada masyarakat mendekati dan mengenali DPPNJ di samping memudahkan urusan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh DPPNJ kepada masyarakat.

Di kesempatan ini juga saya ingin menyampaikansetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Johor yang telah menempatkan pejabat DPPNJ di bangunan DPPNJ sebelum ini.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Lujnah IT DewanPemuda PAS Negeri Johor kerana telah berjaya mengujudkan Laman Web DPPNJ yang akan menjadi pusat penyebaran maklumat secara elektronik kepada masyarakat di samping menjadi pemangkin kepada sistem komunikasi di antara DPPNJ dengan semua pihak di bawah DPPNJ dan di luarnya. Penggunaan teknologi maklumat secara aktif di dalam DPPNJ telah banyak membantu mempercepatkan proses penghantaran maklumat di samping menjimatkan kos perhubungan yang biasanya dilakukan secara konvensional. Diharapkan semua DPP Kawasan akan turut memainkan peranan yang aktif bagi menghidupkan laman web di semua peringkat.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.


MAZLAN BIN ALIMAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor