|
Penganjur berunding pihak polis |
|
Us Ahmad Awang berbincang dengan
polis |
|
Us Ahmad Awang-berceramah 10 minit |
TEBRAU, 31 Julai - Pihak polis telah bertolak-ansur dengan pihak penganjur di dalam
ceramah anjuran PAS Kawasan Tebrau di Taman Pasir Putih. Pihak penganjur yang telah
menjemput Us. Ahmad Awang dan Sdr Mazlan Aliman sebagai penceramah telah didatangi oleh
pegawai polis yang bertanggungjawab untuk menghentikan ceramah pada malam itu kerana tiada
permit dikeluarkan oleh pihak polis.
Pegawai polis tersebut telah mendatangi pengerusi majlis dan Yang Dipertua PAS Kawasan
Tebrau bagi meminta kerjasama agar majlis tidak diteruskan. Walau bagaimanapun pihak
penganjur telah meminta kerjasama dan jasabaik pihak polis agar mengizinkan penceramah
memberikan sedikit ceramah agar tidak menghampakan para hadirin yang datang.
Persetujuan akhirnya dicapai dengan membenarkan setiap seorang penceramah untuk
berceramah selama 10 minit. Para hadirin kelihatan hampa apabila ceramah ditamatkan awal.
Pasukan FRU telah mengarahkan para hadirin untuk meninggalkan kawasan tersebut setelah
loceng dibunyikan. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang program tersebut.