|
Antara yang mengisi
borang ahli Puteri UMNO |
|
Jabatan Penerangan dan JKR turut
dikerah |
|
Ghani tanpa segan silu bersalaman
dengan ahli Puteri UMNO |
|
Muhyidin dan Hishamudin
dikelilingi "puter-puteri" |
Johor Bahru, 12 Ogos - Semasa pembangkan dihalang mengadakan perhimpunan dan ceramah,
Putri UMNO telah mengadakan pelancarannya untuk peringkat negeri Johor dengan menggunakan
kawasan awam dan mendapat kerjasama dari agensi-agensi kerajaan. Perhimpunan tersebut
dikatakan mendapat permit dari Polis Johor Bahru yang biasanya tidak meluluskan permit
untuk pembangkang.
Perhimpunan tersebut telah diadakan di Lagun Puteri, Pantai Lido dengan dihadiri oleh
beberapa orang pemimpin UMNO peringkat kebangsaan dan negeri. Antara yang hadir ialah
Ghani Othman (Menteri Besar Johor), Hishamuddin Tun Hussein (Menteri Belia dan Sukan) dan
Muhyidin Yassin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna). Turut hadir
ialah Ketua Putri UMNO, Azalina Othman Said bersama beberapa exco Puteri UMNO peringkat
pusat.
Beberapa agensi kerajaan kelihatan sibuk membantu program tersebut. Antara yang
kelihatan ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Penerangan. Mereka dilihat bertungkus
lumus menyiapkan khemah dan persiapan pentas program. Walaupun persiapan yang dibuat agak
besar, peserta yang hadir tidaklah begitu ramai. Sebahagian besar yang hadir ialah
pelajar-pelajar dari beberapa sekolah menengah berhampiran.