|
Antara yang
dibebaskan dengan seorang penjamin |
Tampoi, 22 Ogos, 2001 - Polis daerah Johor Bahru sekali lagi menunjukkan taringnya
apabila 22 orang ditangkap di dalam ceramah di Taman Dahlia, Tampoi. Daripada 22 orang
yang ditahan, 7 daripadanya dilokap di Balai Polis Central, Johor Baharu. Mereka yang
ditangkap adalah dari kalangan kepimpinan Dewan Pemuda PAS iaitu Salahuddin Ayub, Mazlan
Aliman, Aminuddin Ayub, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Zaaba Ibrahim dan 2 orang dari
kepimpinan PAS Kawasan Pulai.
Sementara itu 15 orang yang lain telah dibebaskan dengan seorang penjamin. Proses soal
siasat untuk semua 15 orang telah mengambil masa yang agak panjang dan selesai kira-kira
jam 3.30 pagi (23 Ogos).
Dalam kejadian tersebut, beratus-ratus orang polis dan FRU telah mengepung kawasan
ceramah yang diadakan di Markas PAS Taman Dahlia. Semasa kekecohan serangan pihak polis
kepada hadirin dan penceramah, beberapa orang, termasuk seorang polis cawangan khas (SB)
telah dipukul oleh polis FRU. Seorang SB berbangsa India didapati bengkak dikepalanya
terkena belantan apabila cuba menghalang FRU dari terus memukul hadirin yang datang
mendengar ceramah.
Termasuk kejadian terbaru, polis Johor telah membuat 69 tangkapan di dalam
ceramah-ceramah BA sejak permit tidak lagi dikeluarkan untuk perhimpunan-perhimpunan BA.
Dalam suatu masa yang lain, polis telah membenarkan Puteri UMNO mengadakan perhimpunannya
di Lagun Putri, sebuah kawasan awam, pada 12 Ogos yang lalu sempena pelancarannya untuk
peringkat negeri Johor.