|
Kemaskinian
Terakhir 29/08/01 |
|
|
Berita DPPNJ |
|
Ceramah serentak - PAS terus ditekan
BATU PAHAT, 26 Ogos, 2001 - Pihak polis telah bertindak ganas
menghentikan ceramah serentak PAS negeri Johor di 20 kawasan seluruh negeri dan menahan 76
aktivis parti itu malam 25 Ogos lalu kata Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Mazlan Aliman.
Ceramah serentak di 20 kawasan itu telah dirancang oleh PAS Johor sebagai membantah
tindakan keras polis menghalang ceramah parti itu dan pengharaman ceramah terbuka di
seluruh negara.
22 ditangkap, 7 daripadanya
dilokap
Tampoi, 22 Ogos, 2001 - Polis daerah Johor Bahru sekali lagi
menunjukkan taringnya apabila 22 orang ditangkap di dalam ceramah di Taman Dahlia, Tampoi.
Daripada 22 orang yang ditahan, 7 daripadanya dilokap di Balai Polis Central, Johor
Baharu. Mereka yang ditangkap adalah dari kalangan kepimpinan Dewan Pemuda PAS iaitu
Salahuddin Ayub, Mazlan Aliman, Aminuddin Ayub, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Zaaba Ibrahim
dan 2 orang dari kepimpinan PAS Kawasan Pulai.
Pelancaran Pemuda BA Johor
meriah
Simpang Renggam, 12 Ogos - Pemuda Barisan Alternatif telah
berjaya melancarkan suatu perhimpunan bagi melancarkan Pemuda BA peringkat negeri Johor.
Semua pemimpin utama Pemuda BA telah turun bagi menjayakan program tersebut.
Putri UMNO dibenar guna
tempat awam
Johor Bahru, 12 Ogos - Semasa pembangkang dihalang mengadakan
sebarang perhimpunan dan ceramah walaupun di kawasan sendiri, pihak berkuasa telah
memberikan kebenaran kepada Putri UMNO berhimpun di kawasan awam di Pantai Lido dengan
bantuan agensi-agensi kerajaan.
Ceramah Presiden PAS di Johor Berjaya
Parit Sulong, 5 Ogos - Dewan Pemuda PAS Johor dengan kerjasama
PAS Kawasan Parit Sulong telah berjaya mengadakan Ceramah Perdana Presiden PAS yang
diadakan di Parit Warijo. Pihak Polis gagal menembusi pagar yang di bina di atas tanah
seluas satu ekar yang memagari markas baru PAS di Parit Warijo.
Exco Dewan
Pemuda PAS Johor di tahan di bawah ISA
BATU PAHAT, 2 Ogos - Dewan Pemuda PAS Johor hari ini diberitahu bahawa seorang
aktivis DPPNJ, Us. Norashid Hj. Sakib, kini sedang ditahan polis di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA). Us. Norashid adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sengai Benut dan
juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Johor. Selain itu beliau adalah Timbalan Pengarah Unit
AMAL Johor. Setakat ini belum dapat dipastikan sebab-sebab beliau ditahan.
PAS Kawasan Senai digempur
Polis - 7 dilokap
KULAI, 29 Julai - PAS Kawasan
Senai sekali lagi di gempur polis di dalam suatu majlis ceramah di Taman Anjaria.
Penceramah yang telah dijemput ialah YB Setiausaha Agong PAS Pusat, Us. Nasaruddin Mohd
Isa. Tujuh orang telah ditahan dan di lokap di dua balai yang berasingan iaitu di Kulai
dan Skudai. Ketua DPPNJ, Sdr Mazlan Aliman. turut dilokap di dalam insiden tersebut.
Polis
bertolak-ansur di Tebrau
TEBRAU, 31 Julai - Pihak polis telah bertolak-ansur dengan pihak
penganjur di dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Tebrau di Taman Pasir Putih. Pihak
penganjur yang telah menjemput Us. Ahmad Awang dan Sdr Mazlan Aliman sebagai penceramah
telah didatangi oleh pegawai polis yang bertanggungjawab untuk menghentikan ceramah pada
malam itu kerana tiada permit dikeluarkan oleh pihak polis. |
Harakahdaily |
|
Ceramah: Elak bertembung dengan polis
- Tim. Presiden PAS
KUALA TERENGGANU, 2 Ogos - Timbalan Presiden PAS, Dato' Seri
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata dalam meneruskan program ceramah pihaknya akan
berusaha untuk mengelakkan daripada bertembung dengan polis dan sedia mematuhi arahan
pihak berkuasa itu.
Umno guna jabatan kerajaan jalankan
aktiviti parti
KUALA TERENGGANU, 2 Ogos - Kerajaan Terengganu menerima aduan
mengenai tindakan pemimpin Umno negeri ini menggunakan jabatan kerajaan bagi menjalankan
kegiatan parti tersebut. |
Malaysiakini |
|
PAS state Youth leader
arrested under ISA
8:33pm, Thu: breaking news A Johor PAS Youth exco was
arrested under the Internal Security Act this morning amidst a blanket ban on political
ceramah (gatherings) held by the opposition party.
ISA: IKM terima kembali
pelajar selepas dipecat
5:07pm, Thu: versi terkini - Aktivis pelajar Khairul Anuar Ahmad
Zainuddin, dibebaskan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lalu, dibenarkan
meneruskan pengajiannya di Institut Kemahiran Mara (IKM) minggu depan.
Pesawat Tentera Udara
tidak ketinggalan zaman
Kementerian Pertahanan menyangkal dakwaan bahawa kelengkapan
tentera udara yang dibeli oleh kerajaan merupakan sistem yang telah ketinggalan zaman dan
tidak digunakan lagi di negara-negara maju.
DAP lemah timbul isu
negara Islam?
DAP akan keluar dari pakatan Barisan Alternatif (BA)
- demikian tajuk berita sebuah akhbar beberapa hari lalu. Kekeruhan dan keretakan inilah
yang diharap-harapkan oleh musuh-musuh politik BA. Mereka berharap perpecahan itu berlaku.
Tetapi apakah perkembangan itu juga dikehendaki oleh pemimpin dan penyokong pakatan
pembangkang? |
Detik Daily |
|
ISA - Giliran PAS
7 Ogos - Tangkapan di bawah ISA yang terbaru, membabitkan lapan
lelaki Mujahidin Malaysia, dipercayai merupakan satu operasi bermotif politik,
yang menjadikan PAS pula sebagai sasaran, selepas aktivis muda keADILan dikurung di
Kamunting. Sekurang-kurangnya empat dari tahanan ISA itu merupakan aktivis PAS. Terbaru,
penangkapan anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Aziz seakan-akan cuba menduga
sensitiviti pemimpin utama PAS. Apakah semua lulusan Pakistan dan pernah membantu
perjuangan Mujahidin akan ditangkap?
Ariffin Jaka melakukan 23 kesilapan
- Anwar
3 Ogos - KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri,
Dato Seri Anwar Ibrahim mendakwa Hakim Mahkamah Tinggi, Dato Ariffin Jaka
telah melakukan 23 kesilapan dari segi undang-undang dan fakta ketika mengendalikan
perbicaraan beliau. Perkara ini dinyatakan dalam petisyen rayuan Anwar kepada Mahkamah
Rayuan yang difailkan melalui peguam beliau, Sankara N Nair dan Christhoper Fernando di
Kuala Lumpur 25 Julai lalu.
DAP perlu fahami Islam PAS-Jangan
dikelirukan oleh fahaman Islam Umno dalam isu Negara Islam
SHAH ALAM, 1 Ogos -Apa yang tiba-tiba diheboh-hebohkan
pasal isu Negara Islam itu? Kononnya DAP tak bersetuju PAS berhasrat dan bercita-cita nak
tubuhkan Negara Islam sekiranya dia (PAS) mendapat mandat untuk memerintah negara ini
suatu hari nanti. |
Mahazalimtwo |
|
Meritokrasi-Awas anak-anak Kelantan
dan terengganu
Saya tertarik lagi melihat satu posting oleh Ahmad Isamuddin di
Laman Umno-Reform.Com yang mengatakan bahawa Biro Pendidikan Pemuda Dr Adham Baba sudah
mengatakan bahawa meritokrasi kemasukan Universiti yang dicadangkan oleh Dr Mahathir boleh
dilaksanakan keatas melayu khususnya kepada pelajar-pelajar negeri Kelantan dan Terengganu
yang dikatakan mendapat keistimewaan kemasukan ke Universiti.
Mahathir semakin gelabah di puncak
kuasa
Dewasa ini Mahathir menjadi semakin tidak keruan, segala
kenyataannya memperlihatkan dia begitu risau akan daya tahan BN untuk terus berkuasa dan
menguasai institusi - institusi dan instrumen kerajaan yang telah sedia diperkosainya.
Tindakan berani hakim-hakim yang menyanggah ekspektasinya benar-benar memeningkan
kepalanya. |
Utusan
Malaysia |
|
Ceramah:
TPM serah tindakan kepada polis
PUTRAJAYA 2 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada polis
mengambil tindakan sekiranya Pas berkeras untuk meneruskan siri ceramah mereka. |
|
Senai |
31 Ogos
Ceramah Misbahul Munir
Taman Senai Utama |
Kluang |
01
September
Ceramah YB Mohamad Sabu |
Sila Hantarkan jadual program PAS Kawasan ke
alamat email : dppjohor@hotmail.com |
|
|