Ke Laman Web Badan Perhubungan PAS Negeri Johor

Paling sesuai dengan paparan True Color dan 800 X 640 pixel dengan saiz font smaller 
Untuk Bookmark Sila Tekan Ctrl + D

Klik mana-mana kawasan untuk ke Laman Web Kawasan

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Kata-Kata Aluan
Matlamat
Saf Kepimpinan
Jabatan PASTI
Unit AMAL

PAS Kawasan-Kawasan

Bakri
Batu Pahat
Gelang Patah
Johor Bahru
Kluang
Kota Tinggi
Labis
Ledang
Mersing
Muar
Pagoh
Parit Sulong
Pontian
Pulai
Segamat
Sri Gading
Senai
Sungai Benut
Teberau
Tenggara

Sejarah DPP Johor

Sejarah Penubuhan
Ketua Pemuda

Album

Kenangan

Nasyid

Kemaskinian Terakhir  29/08/01

Diari DPP Johor

Rencah Berita.gif (2358 bytes)

Berita DPPNJ
Ceramah serentak - PAS terus ditekan
BATU PAHAT, 26 Ogos, 2001 - Pihak polis telah bertindak ganas menghentikan ceramah serentak PAS negeri Johor di 20 kawasan seluruh negeri dan menahan 76 aktivis parti itu malam 25 Ogos lalu kata Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Mazlan Aliman. Ceramah serentak di 20 kawasan itu telah dirancang oleh PAS Johor sebagai membantah tindakan keras polis menghalang ceramah parti itu dan pengharaman ceramah terbuka di seluruh negara.
22 ditangkap, 7 daripadanya dilokap

Tampoi, 22 Ogos, 2001 - Polis daerah Johor Bahru sekali lagi menunjukkan taringnya apabila 22 orang ditangkap di dalam ceramah di Taman Dahlia, Tampoi. Daripada 22 orang yang ditahan, 7 daripadanya dilokap di Balai Polis Central, Johor Baharu. Mereka yang ditangkap adalah dari kalangan kepimpinan Dewan Pemuda PAS iaitu Salahuddin Ayub, Mazlan Aliman, Aminuddin Ayub, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Zaaba Ibrahim dan 2 orang dari kepimpinan PAS Kawasan Pulai.
Pelancaran Pemuda BA Johor meriah

Simpang Renggam, 12 Ogos - Pemuda Barisan Alternatif telah berjaya melancarkan suatu perhimpunan bagi melancarkan Pemuda BA peringkat negeri Johor. Semua pemimpin utama Pemuda BA telah turun bagi menjayakan program tersebut.
Putri UMNO dibenar guna tempat awam

Johor Bahru, 12 Ogos - Semasa pembangkang dihalang mengadakan sebarang perhimpunan dan ceramah walaupun di kawasan sendiri, pihak berkuasa telah memberikan kebenaran kepada Putri UMNO berhimpun di kawasan awam di Pantai Lido dengan bantuan agensi-agensi kerajaan.
Ceramah Presiden PAS di Johor Berjaya

Parit Sulong, 5 Ogos - Dewan Pemuda PAS Johor dengan kerjasama PAS Kawasan Parit Sulong telah berjaya mengadakan Ceramah Perdana Presiden PAS yang diadakan di Parit Warijo. Pihak Polis gagal menembusi pagar yang di bina di atas tanah seluas satu ekar yang memagari markas baru PAS di Parit Warijo.
Exco Dewan Pemuda PAS Johor di tahan di bawah ISA
BATU PAHAT, 2 Ogos - Dewan Pemuda PAS Johor hari ini diberitahu bahawa seorang aktivis DPPNJ, Us. Norashid Hj. Sakib, kini sedang ditahan polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Us. Norashid adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sengai Benut dan juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Johor. Selain itu beliau adalah Timbalan Pengarah Unit AMAL Johor. Setakat ini belum dapat dipastikan sebab-sebab beliau ditahan.
PAS Kawasan Senai digempur Polis - 7 dilokap
KULAI, 29 Julai - PAS Kawasan Senai sekali lagi di gempur polis di dalam suatu majlis ceramah di Taman Anjaria. Penceramah yang telah dijemput ialah YB Setiausaha Agong PAS Pusat, Us. Nasaruddin Mohd Isa. Tujuh orang telah ditahan dan di lokap di dua balai yang berasingan iaitu di Kulai dan Skudai. Ketua DPPNJ, Sdr Mazlan Aliman. turut dilokap di dalam insiden tersebut.
Polis bertolak-ansur di Tebrau
TEBRAU, 31 Julai - Pihak polis telah bertolak-ansur dengan pihak penganjur di dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Tebrau di Taman Pasir Putih. Pihak penganjur yang telah menjemput Us. Ahmad Awang dan Sdr Mazlan Aliman sebagai penceramah telah didatangi oleh pegawai polis yang bertanggungjawab untuk menghentikan ceramah pada malam itu kerana tiada permit dikeluarkan oleh pihak polis.
Harakahdaily
Ceramah: Elak bertembung dengan polis - Tim. Presiden PAS
KUALA TERENGGANU, 2 Ogos - Timbalan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata dalam meneruskan program ceramah pihaknya akan berusaha untuk mengelakkan daripada bertembung dengan polis dan sedia mematuhi arahan pihak berkuasa itu.
Umno guna jabatan kerajaan jalankan aktiviti parti
KUALA TERENGGANU, 2 Ogos - Kerajaan Terengganu menerima aduan mengenai tindakan pemimpin Umno negeri ini menggunakan jabatan kerajaan bagi menjalankan kegiatan parti tersebut.
Malaysiakini
PAS state Youth leader arrested under ISA
8:33pm, Thu:  breaking news A Johor PAS Youth exco was arrested under the Internal Security Act this morning amidst a blanket ban on political ceramah (gatherings) held by the opposition party.
ISA: IKM terima kembali pelajar selepas dipecat
5:07pm, Thu: versi terkini - Aktivis pelajar Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, dibebaskan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lalu, dibenarkan meneruskan pengajiannya di Institut Kemahiran Mara (IKM) minggu depan.
Pesawat Tentera Udara tidak ketinggalan zaman
Kementerian Pertahanan menyangkal dakwaan bahawa kelengkapan tentera udara yang dibeli oleh kerajaan merupakan sistem yang telah ketinggalan zaman dan tidak digunakan lagi di negara-negara maju.
DAP lemah timbul isu negara Islam?
‘DAP akan keluar dari pakatan Barisan Alternatif (BA)’ - demikian tajuk berita sebuah akhbar beberapa hari lalu. Kekeruhan dan keretakan inilah yang diharap-harapkan oleh musuh-musuh politik BA. Mereka berharap perpecahan itu berlaku. Tetapi apakah perkembangan itu juga dikehendaki oleh pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang?
Detik Daily
ISA - Giliran PAS
7 Ogos - Tangkapan di bawah ISA yang terbaru, membabitkan lapan lelaki ‘Mujahidin Malaysia’, dipercayai merupakan satu operasi bermotif politik, yang menjadikan PAS pula sebagai sasaran, selepas aktivis muda keADILan dikurung di Kamunting. Sekurang-kurangnya empat dari tahanan ISA itu merupakan aktivis PAS. Terbaru, penangkapan anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Aziz seakan-akan cuba menduga sensitiviti pemimpin utama PAS. Apakah semua lulusan Pakistan dan pernah membantu perjuangan Mujahidin akan ditangkap?
Ariffin Jaka melakukan 23 kesilapan - Anwar
3 Ogos - KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendakwa Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Ariffin Jaka telah melakukan 23 kesilapan dari segi undang-undang dan fakta ketika mengendalikan perbicaraan beliau. Perkara ini dinyatakan dalam petisyen rayuan Anwar kepada Mahkamah Rayuan yang difailkan melalui peguam beliau, Sankara N Nair dan Christhoper Fernando di Kuala Lumpur 25 Julai lalu.
DAP perlu fahami Islam PAS-Jangan dikelirukan oleh fahaman Islam Umno dalam isu Negara Islam
SHAH ALAM, 1 Ogos -Apa yang tiba-tiba diheboh-hebohkan pasal isu Negara Islam itu? Kononnya DAP tak bersetuju PAS berhasrat dan bercita-cita nak tubuhkan Negara Islam sekiranya dia (PAS) mendapat mandat untuk memerintah negara ini suatu hari nanti.
Mahazalimtwo
Meritokrasi-Awas anak-anak Kelantan dan terengganu
Saya tertarik lagi melihat satu posting oleh Ahmad Isamuddin di Laman Umno-Reform.Com yang mengatakan bahawa Biro Pendidikan Pemuda Dr Adham Baba sudah mengatakan bahawa meritokrasi kemasukan Universiti yang dicadangkan oleh Dr Mahathir boleh dilaksanakan keatas melayu khususnya kepada pelajar-pelajar negeri Kelantan dan Terengganu yang dikatakan mendapat keistimewaan kemasukan ke Universiti.
Mahathir semakin gelabah di puncak kuasa
Dewasa ini Mahathir menjadi semakin tidak keruan, segala kenyataannya memperlihatkan dia begitu risau akan daya tahan BN untuk terus berkuasa dan menguasai institusi - institusi dan instrumen kerajaan yang telah sedia diperkosainya. Tindakan berani hakim-hakim yang menyanggah ekspektasinya benar-benar memeningkan kepalanya.
Utusan Malaysia
Ceramah: TPM serah tindakan kepada polis
PUTRAJAYA 2 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada polis mengambil tindakan sekiranya Pas berkeras untuk meneruskan siri ceramah mereka.

 

Senai
31 Ogos
Ceramah Misbahul Munir
Taman Senai Utama
Kluang
01 September
Ceramah YB Mohamad Sabu

Sila Hantarkan jadual program PAS Kawasan ke alamat email : dppjohor@hotmail.com

PAS NEGERI BA DAN BERITA LAMAN REFORMASI LAIN-LAIN
PAS Kelantan Parti Islam SeMalaysia Mahazalimtwo Solat Net
PAS Terengganu Parti Keadilan Nasional Minda Rakyat Laman Salamku (Sains)
PAS Pahang Democratic Action Party Mahafiraun 2020 Web Al-Islam
PAS Johor Parti Rakyat Malaysia Fitnah e-UMNO Ust Shamsuri Online
PAS Melaka Aliran Forum Gerak Reformasi Mimbar 98
PAS Negeri Sembilan Harakah Daily Forum Keadilan M'sia II Gerak Usrah
PAS Selangor Detik Daily Komentar Terengganu Baru
PAS Perak Malaysiakini.com Al-Islah Web YB. Mohamad Sabu
PAS Pulau Pinang Warta Terengganu Berita Hairan 2 Web YB. Dato' Dr. Hasan Ali
PAS Kedah Nadi KeAdilan Utusan Meloya AJK PAS Pusat
PAS Perlis IQPortal Wakil Rakyat PAS
PAS Sabah Laman Jebat 2020
PAS Sarawak Pemantau II
PAS WP K. Lumpur LamanNTzalim
Newskini

Laman web ini diselenggarakan oleh Lujnah IT Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Sebarang komen, pertanyaan atau maklumat sila email webmaster
di alamat email : dppjohor@hotmail.com

atau klik di sini untuk mesej